Hati dan
perasaan cinta merupakan satu fitrah setiap insan. Manusia
perlu cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk
mencintai kepada lawan jenis memang tidak diungkiri, ia merupakan sesuatu yang
perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah
kepada perasaan dan cinta. Banyak
yang mengatakan "aku mahu,
bernikah" tetapi dimanakah persiapan kita? untuk
menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia
hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu
tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita
telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan
bukan hanya pada kata-kata. Jika kita lihat kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah
yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka
adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang
mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga
tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah!
Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyehatkan IMAN!
Jangan
terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan.
Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui
jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan
ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih
sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam
kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jadi sama-sama kita mencari cinta dan
RedhaNya.Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

